03 February 2012

KHAIRUL FAHMI CHE MAT PUTUS CINTA LAGI..??


Penjaga gol kebangsaan yang juga selebriti terhangat Khairul Fahmi Che Mat, digosipkan putus cinta buat sesekian kalinya. Jika sebelum ini beliau putus tunang dengan Elia Jejari Runcing, kini beliau dikatakan memutuskan hubungan pula dengan Dahlia Teck... wanita yang memberikan kejutan hari jadi untuknya baru-baru ini.

Gosip hangat ini bertambah kencang apabila penulis akaun Twitter @MahsiH2 turut mendakwa yang Khairul Fahmi Che Mat mempunyai kekasih baru senegeri (Kelantan) bernama 'Gadis X'.

Screenshot dakwaan putus cinta yang
dipetik dari forum Cari...





Lebih memanaskan keadaan, kekasih baru Khairul didakwa baru sahaja bertunang beberapa minggu lalu tetapi minta putus tunang disebabkan 'tergilakan' Khairul.

Dakwaan putus cinta antara Dahlia Teck dan Khairul turut diperkuatkan dengan ketiadaan mereka bertwitt sejak pertengahan Januari 2012. Benarkah begitu atau ia hanya gosip yang sengaja diperhangatkan menjelangnya perlawanan yang melibatkan Malaysia?

Dalam hal ini, hanya masa yang dapat menentukan kesahihan dakwaan ini kerana kita semua tahu Khairul pasti akan menafikannya. Sebagaimana putusnya ikatan tunang Khairul dengan Elia dahulu dan penafian Khairul tentang hubungannya dengan Dahlia, kita sebenarnya sudah masak dengan 'cinta warung kopi' ini.

Bukan tujuan myartis mahu mengeruhkan suasana, tetapi sebagai selebriti yang hangat berposing hingga terbuka dada dalam majalah, Khairul kini adalah milik masyarakat yang hauskan perkembangan kariernya. Oleh yang demikian, setiap tindak tanduknya pasti akan menjadi perhatian ramai yang inginkan beliau terus menjadi 'idola terbaik' buat anak muda lain. Tak gitu??






Segalanya tentang Apex..





Twitt terkini Apex..



No comments: