29 February 2012

LIYANA JASMAY TEMU JODOH DENGAN JIRAN


Liyana Jasmay, 23, akhirnya membuat keputusan untuk bertunang bulan depan dengan jirannya sendiri iaitu ahli perniagaan bernama Fathuddin Mazlan, 28.

"Dia menghantar rombongan merisik pada minggu lalu dan jika tiada aral melintang, kami akan bertunangan pada bulan depan", ujarnya yang sudah pun menerima cincin merisik daripada bakal tunangnya itu.

Bakal tunang Liyana? (tengah) - klik untuk imej besar...




"Tarikhnya terpaksa dirahsiakan. InsyaAllah tahun depan kami akan berkahwin," katanya dipetik sebagai berkata.

"Selama ini pun saya tidak pernah mengatakan yang saya bercinta dengan orang itu atau ini. Semuanya berlaku dengan cukup pantas, itulah yang dinamakan kuasa jodoh.

"Saya sendiri tidak tahu bila masanya rasa cinta itu datang? Cuma apa yang saya sedar, perasaan itu tiba-tiba hadir dalam diri. Kita hanya boleh tahu perasaan itu apabila kita sendiri mengalaminya," tambahnya yang tidak menyangka bahawa lelaki yang dicari-cari selama ini rupa-rupanya begitu dekat dengannya.

Liyana ketika hadir di majlis perkahwinan Yusry dan Lisa...


Hai Babe... I rindu kat u...!! 
(mungkin itu yang dikatakan Liyana melalui handphone)


No comments: