01 March 2012

ISU ERYKAH BADU: THE STAR 'PECAT' DUA EDITOR


Kontroversi mengenai Erykah Badu bukan hanya menjadi perbualan hangat dikalangan artis yang cetek ilmu kerana membantah pembatalan konsertnya di Malaysia, malah ia terus hangat dengan episod terkini yang menyaksikan dua editor The Star digantung tugas selamanya, atau dalam kata lain 'dipecat'.

Semuanya gara-gara akhbar tersebut yang menyiarkan gambar Erykah Badu dengan tattoo atau grafik kalimah 'Allah' tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat beragama Islam di negara ini.

Erykah Badu




Meskipun permohonan maaf telah disiarkan secara terbuka, The Star akhirnya telah menggantung dua editor yang dikatakan bertanggungjawab ke atas kontroversi tersebut. Laporan The Malaysian Insider menyatakan, Editor Kanan sisipan Star2, Lim Cheng Hoe dan Timbalan Editor Daryl Goh telah digantung tugas selamanya berkuatkuasa serta merta.

Sehubungan itu, The Star dilaporkan melantik Editor Bersekutu Rozaid Rahman dan Shah Dadameah bagi 'membantu dan membimbing' akhbar itu semula khususnya mengenai isu-isu yang berkaitan sensitiviti agama.

Untuk info, semalam DSU Dr. Rais Yatim telah mengeluarkan kenyataan bertulis di laman Twitter-nya mengenai pembatalan konsert Erykah Badu yang dijadualkan berlangsung pada 29 Februari 2012. Menurut Dr. Rais, konsert Erykah Badu telah melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia.



Keputusan tersebut turut disokong oleh pemimpin-pemimpin parti politik lain yang menyatakan konsert itu mempunyai kesan negatif terhadap rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam.

Kesimpulannya, tindakan Dr. Rais sememangnya tepat dalam memelihara keharmonian rakyat berbilang bangsa di negara ini. Kita tidak mahu negara ini menjadi transit kepada artis-artis 'sampah' seperti ini yang tidak tahu menghormati agama lain demi kepuasan diri.

Bayangkan... sekiranya kita membubuh grafik atau tatoo gambar ibu bapa Erykah Badu atau artis-artis lain di punggung dan didedahkan kepada umum, apakah ia wajar? Dan apa pula reaksi artis tersebut bila melihat grafik atau tattoo itu... adakah mereka gembira dan akan menyuruh lebih banyak grafik dipapar dipunggung orang lain?

Dalam hal ini... tepuk dada tanya selera. Jangan hanya kerana Erykah Badu, kita mengetepikan agama dan maruah Islam yang jelas-jelas dihina dan diperlekehkan. Ingatlah, tiada agama di dunia yang mahu agama dan tuhan mereka dihina dan diperlakukan sedemikian rupa.

Oleh yang demikian, Erykah Badu harus bertanggungjawab atas perbuatannya yang bersifat 'kurang ajar' dan keterlaluan itu. Kerana bukan hanya sekadar Malaysia sahaja yang telah membatalkan konsertnya, mungkin akan datang beberapa negara Islam lain akan turut melakukan tindakan yang sama.

Bak kata orang, what you give you get back!!

No comments: