15 February 2012

RITA RUDAINI TUNTUT PEMFITNAH MOHON MAAF


Seorang pemilik akaun Twitter @bob_azuan dituntut agar segera memohon maaf kepada pelakon Rita Rudaini Mokhtar secara terbuka kerana didakwa menghina, memfitnah dan memalukan pelakon itu melalui laman sosial tersebut. Meskipun dakwa Rita individu terbabit ada memohon maaf kepadanya melalui orang tengah, namun ia masih belum memadai kerana fitnahnya terlalu mengaibkan.

"Tindakan individu itu benar-benar menjatuhkan maruah saya kerana turut terlibat untuk campur tangan dalam krisis rumah tangga yang sedang dihadapi ketika ini.

“Saya menuntut individu tersebut membuat permohonan maaf kepada saya dengan seberapa segera.

Rita... mahu permohonan maaf cara terbuka...




Antara ancaman pihak yang menggelar dirinya sebagai @Bob_azuan
Klik untuk imej besar...


"Saya telah diaibkannya dengan kata-kata kesat berbau penghinaan menerusi komen-komennya dalam Twitter berkenaan,” katanya dipetik sebagai berkata.

Rita berkata demikian bagi mengulas tindakan seorang individu yang menggunakan identiti @bob_azuan memfitnahnya termasuk menggelar dirinya dengan perkataan 'Ritaik'.

Lebih panas dan memalukan, pemilik Twitter tersebut turut mengugut mahu mendedahkan kisah Rita bagi tujuan memalukannya. Paling teruk, dia juga menggunakan gambar adik ipar Rita sendiri iaitu Zaquan Adha Abdul Radzak sebagai gambar profil Twitter tersebut.

“Saya mahu dia memohon maaf secara terbuka. Saya kenal individu itu. Saya tahu dia kawan kepada pasangan Aidil Zaquan dan Ayu Raudhah tetapi dia tidak ada hak untuk masuk campur masalah rumah tangga saya,” tambahnya.

Untuk info, masalah rumah tangga Rita dengan Aidil Zafuan yang juga kembar kepada Zaquan Adha masih belum selesai apabila suaminya itu didakwa telah keluar rumah dan tidak pulang sejak awal Januari lalu.

Mereka difahamkan telah bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna, sepuluh bulan.

No comments: