11 February 2012

ZARINA PUNYAI VIDEO ALIFF AZIZ MABUK..??


Semalam kami telah menyiarkan keluhan Zarina Anjoulie mengenai apa yang didakwanya sebagai penipuan Aliff Aziz mengenai 'malam itu'. Aliff yang didakwa segelintir pihak sebagai lelaki bermulut manis yang gemar berjanji pada gadis... dirakam gambarnya sedang memeluk Zarina daripada belakang.

Namun cerita terbaru yang berlegar, hubungan cinta antara Aliff Aziz dengan Anne Ngasri termasuk sikap mahu mencuba teman wanita baru sebenarnya menjadi punca perbalahan. Kerana cinta antara Aliff dan Anne seolah sudah sahih apabila mereka kononnya dilihat jalan bersama sambil berpegangan tangan di sebuah pusat peranginan sambil ditemani pihak ketiga.

Hubungan yang menimbulkan kontroversi?
Klik untuk imej besar...




Sehubungan itu, dalam satu tweet Zarina turut bertanya hubungan Aliff dengan Anne dan mengakui mempunyai video Aliff yang didakwanya tengah mabuk. Meskipun tidak menyebut akan mendedahkan video tersebut, namun ia seakan memberi klu bahawa jangan main-main dengan Zarina kerana dia mempunyai bukti kukuh.

Jadi persoalannya sekarang, selepas gambar Aliff memeluk Zarina dari belakang... apa pula yang akan didedahkan oleh Zarina nanti? Bukan mahu menggalakkan Zarina berbuat begitu, tetapi sikap 'buaya' sebagaimana yang didakwa pastinya akan memakan diri jika ia tidak diubah.

Tambah-tambah apabila 'buku bertemu dengan ruas'! Tak gitu?

Tweet Zarina mengenai isu mabuk... sila klik..!


Zarina punyai video Aliff?


No comments: