23 March 2012

ANNE NGASRI DIRISIK KELUARGA ALIFF?


Hubungan Anne Ngasri dengan penyanyi Singapura, Aliff Aziz bukanlah satu rahsia lagi. Malah mereka juga tanpa berselindung mengakui sedang mengenali hati budi masing-masing untuk mengukuhkan lagi hubungan sedia ada

Dan yang terkini, ada bisik-bisik yang mendakwa Anne telah dirisik oleh keluarga Aliff yang datang dari Singapura. Bimbang ia hanya satu khabar angin yang tidak tepat, pihak media telah bertanya sendiri dengan empunya badan iaitu Anne.

Klik untuk imej besar...




“Ya, memang ada keluarga dia datang berjumpa dengan keluarga saya pertengahan bulan lalu. Tapi tujuan mereka datang hanya untuk mengenali lebih rapat dengan keluarga saya. Kiranya pertemuan mereka adalah untuk berkenalan sesama keluarga. Kebetulan masa itu mereka datang Kuala Lumpur sebab nak melawat Aliff yang tengah menjalani penggambaran di sini. Waktu itu saya tak ada di Malaysia sebab pergi mengerjakan umrah,” ujar Anne sebagai berkata.

“Buat masa sekarang, saya tak nak letak status apa-apa dalam hubungan kami. Apa yang boleh saya katakan, kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Saya tak nak hipokrit tentang hubungan kami, tapi apa yang boleh saya katakan, kami memang agak rapat dan sering keluar bersama. Saya memang selesa dan serasi bila bersama dengan dia.



“Mengenai soal kahwin pula, kami belum fikir lagi. Banyak lagi proses di mana saya nak tahu lebih lagi pasal dia. Memang sesiapa saja yang nak berkawan pasti nak mengakhiri dengan perkahwinan, tapi semuanya terletak pada kuasa Allah. Apa yang saya boleh cakapkan, buat masa sekarang, kami memang tak bercakap lagi pasal perkahwinan,” jelas Anne seolah mahu berhati-hati.

Menyentuh mengenai apa yang membuat dia tertarik dengan lelaki teruna seperti Aliff, kata Anne banyak sebab yang membuat dia selesa dengan penyanyi dari Singapura itu.

“Bagi saya, banyak benda yang okay tentang dia. Saya suka dengan peribadi Aliff. Alhamdulillah, dia juga rapat dan selesa dengan anak-anak saya dan itulah sebab utama yang buat saya suka dan semakin rapat dengan dia. Dia juga rapat dengan keluarga saya. Selain itu, dia juga bukan laki orang, itu yang buat saya selesa dengan dia,” ujar Anne secara berlapik.

“Mengenai usia, saya tak fikir sangat. Selagi saya rasa serasi, tak ada masalah. Mengenai status janda saya pula, setakat ini dia tak ada masalah. Kalau tidak, masakan dia nak ambil risiko untuk mengenali saya dengan lebih rapat. Saya gembira kerana dia terima saya seadanya,” tambahnya bersungguh.

No comments: