23 March 2012

OWEN WILSON HAMPAKAN HARAPAN FAHRIN


"Who is Fahrin?" Mungkin agaknya itu pertanyaan Owen Wilson, pelakon yang popular bersama Jackie Chan dalam filem Shanghai Noon.

Ia gara-gara Fahrin Ahmad yang hadir ke Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur yang turut dihadiri artis-artis Hollywood ditolak permintaannya untuk bergambar dengan Owen.







"Saya berharap untuk bertemu dia (Owen) dan bintang Hollywood lain di belakang pentas," ujar Fahrin sebagai berkata kepada media di dalam bilik VIP.

Namun malang bagi selebriti Red Ribbon Malaysia itu, permintaannya untuk mengambil gambar dengan Owen sebagai kenangan telah dinafikan oleh bintang Hollywood tersebut yang kemungkinan kepenatan.

Insiden memalukan itu berlaku sejurus selepas Owen bertemu dengan pihak akhbar Malaysia di sudut media yang ditetapkan.

Tetapi sebagai seorang pelakon yang berpengalaman, Fahrin menerima penolakan Owen itu dengan tenang.

"Saya berasa bangga berada di sini sambil bertemu bintang-bintang Hollywood. Saya berharap akan ada lebih banyak peluang seperti ini," ujarnya.


Info & photo: dailychilli

No comments: