27 March 2012

AZZA ELITE NIKAH PRAMUGARA 1 APRIL 2012


Pramugara AirAsia, Azlan Zulaily, merupakan pilihan hati pelakon dan penyanyi Azza (Elite) sebagai calon suami. Mereka dikhabarkan akan terus berkahwin pada 1 April 2012 tanpa majlis pertunangan.

Menurut Azza, bertunang atau tidak ia bukanlah isu besar. Tambahnya, ia lebih memudahkannya dengan Azlan untuk terus mendirikan rumah tangga tanpa sebarang dugaan atau cubaan alam pertunangan.

Klik untuk imej besar...








"Rasanya, perkara baik (berkahwin) tidak perlu dilengah-lengahkan. Dan saya rasa, kami tidak perlu melalui fasa pertunangan.

"Nanti banyak pula cabarannya. Sudahlah kerja penuh dengan cabaran, sebelum kahwin pun nak ada cabaran pula. Saya tidak mahu melalui itu," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk makluman bersama, Azza menerima lamaran perkahwinan dari Azlan menggunakan satu perisian lukisan tablet dan mula mengenali Azlan semasa sambutan tahun baru 2011. Tambahnya, dia sedang melakukan persiapan perkahwinan, dan dalam masa yang sama masih bekerja.

"Dan setakat ini sudah 70 peratus persiapan yang dilakukan. Saya bersyukur kerana mempunyai teman-teman yang membantu, terutamanya, teman baik saya bernama Sam.

"Pertama kali saya berkenalan dengan Azlan, saya dapat rasakan bahawa dialah lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami. Keikhlasan dan kejujurannya membuatkan saya tidak ragu-ragu untuk melangkah ke alam perkahwinan buat kali kedua.

"Lebih bermakna lagi apabila kedua-dua belah pihak keluarga merestui hubungan kami.," jelasnya yang bakal bernikah di Masjid Bukit Antarabangsa pada hari Ahad selepas solat Zuhur.

Azza yang bergelar 'janda' sejak enam tahun lalu itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001 di Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Mereka bercerai pada pertengahan November 2004 dan mempunyai seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang kini berusia tujuh tahun.

No comments: