01 March 2012

UPDATE: BIENDA LAHIRKAN 'LAVIENDA' SECARA PEMBEDAHAN


UPDATE:
Jika ketika hamil lapan bulan, Bienda dan suaminya Kamarul merahsiakan jantina anak mereka apabila ditanya oleh wartawan... kini semuanya bukan rahsia lagi. Bienda yang selamat melahirkan bayinya pada 26 Februari lalu akhirnya mendapat anak perempuan yang diberi nama Lavienda Namira.

Untuk makluman semua, Lavienda dilahirkan secara pembedahan. Namun Bienda dan bayinya dilaporkan sihat dan kini sudah pun dibenarkan pulang ke rumah selepas ditahan 4 hari meskipun mengalami sedikit alahan kulit.

Klik untuk imej besar...






"Kalau diikutkan saya dijangka bersalin pada 10 Mac depan. Apabila saya dan suami buat pemeriksaan pada Sabtu lepas, belum ada kontraksi yang membolehkan saya bersalin.

"Apabila pulang ke rumah, saya mula alami kesakitan yang berpanjangan selama 12 jam sehingga memaksa kami ke hospital semula pada Ahad.

"Apabila diperiksa, bayi saya berada dalam keadaan terlentang dan lehernya sudah dibelit tali pusat. Atas dasar keselamatan, saya teruskan juga bersalin secara pembedahan.

"Saya memang teringin untuk bersalin secara normal tetapi demi keselamatan bayi saya reda dan bersyukur walaupun terpaksa menjalani pembedahan.

"Apa yang penting, keadaan bayi sihat dan selamat,"ujar Bienda dipetik sebagai berkata.

No comments: