06 March 2012

ELLA TEMU JODOH DI USIA 4 ANGKA


Setelah berusia 4 angka, akhirnya Ratu Rock Ella menjelaskan beliau akan menamatkan zaman solo dengan jejaka bernama 'A'. Semuanya berikutan penyanyi bersuara serak itu ditemui secara tidak sengaja sedang menghadiri kursus kahwin pada 3 dan 4 Mac (Sabtu dan Ahad) lalu.

Dan kalau disuruh teka nama jejaka 'A' yang berjaya menambat hati Ella tentunya pening kepala nak cari senterio alam. Kalau main tembak je, ada pula nanti yang teka 'Awie'... heh!





Khabarnya lelaki yang dimaksudkan adalah seorang yang berkerjaya dan agak tinggi lampai dan kacak orangnya. Pasangan tersebut pernah bercinta satu ketika dahulu, namun putus di tengah jalan. Masing-masing membawa haluan sendiri dan takdir menentukan mereka bertemu kembali dan menjalinkan hubungan cinta semula.

Malah keluarga masing-masing telah pun bertemu, namun ia bukanlah majlis pertunangan. Jika telah pun menghadiri kursus perkahwinan, pastinya majlis pernikahan bakal berlangsung dalam tahun ini juga kerana masing-masing cukup serius dengan perhubungan cinta tersebut.

Kerana lambat atau cepat, itu semua adalah ketentuan Allah dan marilah kita doakan agar Ella berjaya dengan jodohnya kali ini. Amin.

BIODATA ELLA:
NAMA: Nor Zila binti Aminuddin
ASAL: Klang, Selangor
TARIKH LAHIR: 31 Julai 1966, Pulau Pinang
PENDIDIKAN: Sekolah Tengku Ampuan Rahimah & Sekolah Tinggi Methodist, Klang, Selangor

No comments: