22 March 2012

GAMBAR SANA SINI - AKSI SCHA, BELLA, FASHA, NORA & FARID


Gambar menceritakan segalanya. Tanpa cerita atau penjelasan sekalipun, kita sebenarnya boleh meneka apa yang berlaku melalui sesebuah gambar itu.

Melalui paparan kali ini, benarkah Scha dan Awal menjalani kursus kahwin, siapakah tiga lelaki yang amat dicintai oleh Fasha, ragam Dr Sheikh melayani Bella, kontroversi Nora Danish yang didakwa seksi dan apakah yang membuat Farid Kamil begitu gembira...

Jom tengok..!

Klik untuk imej besar...

Scha Alyahya dan Awal Ashaari:
Mereka nampak bergaya dan berseri dengan songkok dan tudung. Mungkinkah gambar ini dirakam selepas selesai menjalani kursus kahwin? Atau ia sekadar gambar biasa ketika menhadiri majlis perkahwinan saudara-mara? Allahualam...



Klik untuk imej besar...

Hero di hati Fasha Sandha:
Tiga lelaki yang amat dicintai oleh Fasha Sandha. Dari kiri ayahnya (Hassan), adik lelaki yang kini berusia 15 tahun dan siapa lagi kalau bukan Jejai. Wahhh... bertuah sungguh Fasha kerana mempunyai hero-hero yang senantiasa mendokong kerjayanya. Inilah yang dikatakan, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu!



Klik untuk imej besar...

Dr Sheikh Muszapha dan Bella:
Meskipun agak sibuk dengan pelbagai acara motivasi dan sebagainya, namun Dr Sheikh masih mempunyai masa melayan karenah anaknya Bella. Mungkinkah Bella akan turut menjadi angkasawan satu hari nanti? Kerana bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?


Klik untuk imej besar...

Kontroversi gambar Nora Danish:
Entah kenapa gambar yang dimuatnaik ke facebook Nora Danish ini menjadi pendebatan hangat dikalangan peminatnya. Ada yang mendakwa Nora terlalu seksi hingga menampakkan pehanya dan ada juga yang mendakwa 'tangan' Nora seolah-olah terletak ke 'anu' pelakon lelaki di sebelahnya. Apa-apapun, mungkin aksi tersebut tidak disengajakan dan kalau benar memalukan... mana mungkin Nora mahu meletakkan gambar itu ke dalam FBnya... tak gitu?


Klik untuk imej besar...

Kegembiraan Farid Kamil:
Bertuahnya Farid Kamil kerana mempunyai adik perempuan yang pintar. Dalam keputusan SPM baru-baru ini, adiknya telah mendapat keputusan cemerlang iaitu 10A. Dengan nada gembira, berita baik tersebut telah dikongsikan oleh Farid bersama peminatnya di laman facebook. "Alhamdulillah Syukur," kata Farid.

No comments: