29 March 2012

LIYANA JASMAY & FATHUDDIN SELAMAT BERTUNANG


Liyana Jasmay akhirnya mengesahkan akan menikahi kekasihnya, Fathuddin Mazlan,28, pada 24 Januari 2013. Tarikh itu dipersetujui oleh keluarga Liyana dan Fathuddin dalam majlis pertunangan agak mewah yang berlangsung di Kemensah Height, Kuala Lumpur semalam.

Untuk info, Liyana memberikan tujuh dulang hantaran kepada Fathuddin yang terdiri daripada senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan kek cawan.

Klik untuk imej besar...


Lagi 10 gambar menarik selepas ini...



Pihak lelaki pula membalas lima dulang hantaran yang terdiri daripada satu set wangian, telekung, kek, cincin dan sirih junjung.

Majlis kemudiannya disusuli dengan adat menyarung cincin bernilai RM 10,000.

Sambil mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini, menurut Liyana, majlis pertunangannya itu menjadi bukti yang dia sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri. Lebih manis, tarikh pertunangan itu juga jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke 24 iaitu pada 28 Mac.

"Walaupun ikatan percintaan kami hanya tiga bulan, saya harap jodoh kami berkekalan sehingga akhir hayat.

"Selepas pertemuan kali kelima, barulah saya merasakan kami agak serasi. Yang penting sekali, dia amat menyayangi ibu dan ayah saya dan juga memiliki sisi humor," ujarnya dipetik sebagai berkata.


GAMBAR-GAMBAR MAJLIS PERTUNANGAN:

Klik untuk imej besar...




















No comments: