27 March 2012

ROZITA CHE WAN NAFI KAHWIN 'DATUK MISAI'


"Haa... haa... kalau betul saya nak kahwin Datuk, mestilah anak saya suka. Datuk mestilah kaya," demikian jawab Rozita Che Wan apabila ditanya media mengenai gosip perkahwinannya dengan seorang hartawan bergelar Datuk.

Gosip tersebut timbul gara-gara anaknya, Aniq Ezra Azuar Effendy,14, didakwa lari dari rumah kerana merajuk disebabkan dia menjadi isteri kedua kepada Datuk 'bermisai' yang juga suami kepada penyanyi terhebat negara. Padahal, Aniq Ezra merajuk kerana berkecil hati dengan sikap Rozita yang dilihat terlalu melebih-lebihkan abangnya iaitu Ammar Effendi yang berusia 15 tahun.





"Saya menganggap gosip terbaru itu sebagai sesuatu perkara lucu yang sering dilalui sejak menjadi seorang selebriti. Saya tidak ambil pusing dengan gosip itu kerana tuduhan tersebut sebagai sesuatu perkara yang remeh.

"Sebelum ini saya juga pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan individu dan VIP tertentu tetapi perkara tersebut ternyata tidak benar.

"Malah saya juga turut dituduh meletakkan bayaran tinggi untuk sesebuah tawaran berlakon selain isu persaraan dalam dunia seni yang ditarik balik.


"Saya sudah melalui macam-macam kontroversi tetapi itu semua tidak menjejaskan kedudukan saya pun. Sama juga dengan isu terbaru ini (kahwin Datuk)," katanya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, gosip tersebut ditimbulkan oleh seorang forumer di sebuah forum hiburan yang mendapat maklum balas pantas. Namun hingga kini, tiada bukti sahih yang dikemukakan dan thread yang mengaitkan Rozita dengan Datuk itu juga telah di delette daripada forum tersebut kemungkinan atas permintaan artis terlibat.

No comments: