16 March 2012

SITI NURHALIZA INGINKAN BRUNO & DAVID FOSTER


Selepas kemunculan single terbarunya berjudul Remember Me yang turut menampilkan Sean Kingston... Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kini merancang pula untuk mendapatkan khidmat komposer terkenal Amerika Syarikat iaitu David Foster dan pasukan penulis lagu penyanyi, Bruno Mars iaitu The Smeezingtons untuk album Inggeris keduanya.

"Album kedua itu masih lagi dalam peringkat perbincangan malah masih belum ada apa-apa persetujuan daripada pihak mereka lagi.

Klik untuk imej besar...




"Bagaimanapun jika hasrat itu dapat dilaksanakan ia akan menjadi satu batu loncatan untuk saya mengembangkan karier di peringkat antarabangsa," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media.

Tambah Siti, anak tirinya, Adib Khalid yang juga Pengarah Urusan syarikat What's Up Entertainment telah pun berkunjung ke Los Angeles, Amerika Syarikat semasa Anugerah Grammy baru-baru ini untuk mengadakan perbincangan dengan wakil komposer dan penyanyi itu.

"Harap-harap apa yang dirancang akan menjadi kerana bukan senang untuk mendapatkan khidmat komposer terkenal seperti David Foster," tambahnya bersungguh.

Untuk info, album Inggeris sulungnya telah pun terjual sebanyak 40,000 unit sejak ia dilancarkan pada September tahun lalu dan 30,000 secara digital menerusi single pertama, Falling In Love.



No comments: