10 March 2012

WAJAH BAKAL ISTERI MALEK NOOR


UPDATE:
Seperti yang kita semua maklum, bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor, 56, mengakui akan menamatkan zaman bujang beliau dengan seorang doktor pakar yang juga ibu kepada lima orang anak pada 12 Mac ini.

Difahamkan, Malek memilih tarikh tersebut untuk berkahwin kerana mahu mengimbas perjalanannya ke Tanah Suci tahun lalu. Ini kerana, di Mekah dia telah memohon doa kepada Allah agar memberi hidayah kepadanya serta petunjuk termasuklah mengenai calon isteri.

Calon isteri Malek Noor - klik untuk imej besar...








“Wanita itu berjaya mengubah hati saya untuk bergelar suami. Segala-galanya selepas Allah mempermudah doa-doa saya. Syukur sekali,” katanya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, selepas majlis pernikahan nanti, majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan di Hotel Renaissance, Kota Baharu, Kelantan.

Calon isteri Malek ialah Dr Wan Asma Wan Ismail, berpendidikan kedoktoran dari MD (UKM), MSc.Com.Paed.(UK), DCH (Glas), MRCP (Ire),FRCPH (UK) dan pakar sebagai Paediatrician & Neurodevelopmental Specialist di KPJ Healthcare Bhd.

No comments: