09 April 2012

AARON AZIZ ARTIS PALING POPULAR


Seperti dijangka, Aaron Aziz terpilih sebagai Bintang Paling Popular dengan undian sebanyak 87,669 undi pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011). Aaron turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada majlis itu.

Sementara penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin pula mencipta sejarah apabila menerima Anugerah Seri Perak, bersempena dengan sambutan kali ke-25 ABPBH.

Klik untuk imej besar...




Difahamkan, Siti yang sebelum ini pernah merangkul anugerah Bintang Paling Popular sebanyak tujuh kali menewaskan nama besar lain seperti Datuk M Nasir, Datin Sofea Jane, Ziana Zain, Eman Manan, Nabil (Raja Lawak) dan Shahiezy Sam.

Untuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pula, ia diberikan kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid bagi mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang muzik selama hampir 30 tahun.

Untuk info, Majlis gilang-gemilang tersebut telah disiarkan secara langsung menerusi TV3, semalam.



Terdahulu, Maya Karin turut mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Hafiz menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi 3 Suara yang dianggotai oleh Shila Amzah, Jaclyn Victor dan Ning Baizura manakala Penyanyi Wanita Popular dirangkul oleh Yuna buat dua tahun berturut-turut.

Fizz Fairuz dan Fasha Sandha pula memenangi anugerah Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular.

Sementara Johan As'ari memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala, Tasha Shila meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.



Pelakon drama dan pengacara, Didie Alias merangkul Artis Komedi Wanita Popular, manakala memenangi Artis Komedi Lelaki Popular adalah Johan (Raja Lawak).

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM.

Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular.

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mencipta sejarah apabila berjaya menewaskan Aznil Nawawi dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular yang disandangnya sembilan tahun berturut-turut.








Berikut adalah senarai pemenang ABPBH 2011 yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands.

- Bintang Paling Popular: Aaron Aziz

- Artis Duo / Berkumpulan Popular: Ning Baizura/Shila Amzah/Jaclyn Victor

- Artis Baru Wanita Popular: Tasha Shilla

- Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail

- Artis Komedi Wanita Popular: Didie Alias

- Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Sheila Majid

- Pengacara TV Lelaki Popular: Zizan

- Artis Baru Lelaki Popular: Johan Ariff As’ari

- Pelakon TV Lelaki Popular: Fizz Fairuz

- Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana

- Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana

- Artis Komedi Lelaki Popular: Johan Raja Lawak

- Anugerah Seri Perak: Datuk Siti Nurhaliza

- Penyanyi Lelaki Popular: Hafiz

- Pelakon Filem Lelaki Popular: Aaron Aziz

- Pelakon TV Wanita Popular: Fasha Sandha

- Pelakon Filem Wanita Popular: Maya Karin

- Penyanyi Wanita Popular: Yuna

No comments: