10 April 2012

'PESTA KETAWA' DI PJ LAUGH FEST 2012


Satu pesta komedi yang bakal membuat anda semua ketawa tanpa henti bakal diadakan pada 5 hingga 27 Mei ini. PJ Laugh FEST 2012, festival komedi Malaysia bakal menghimpunkan pakar komedi tempatan dan antarabangsa anjuran PJ Live Arts dan disokong oleh Jaya One.

Antara pelawak yang dijemput membuat persembahan ialah Harith Iskander dan Douglas Lim untuk show MASTER JOKER MALAYSIA. Sementara itu, peminat Raja Lawak juga akan dihiburkan dengan gelagat Nabil dan Zizan yang pastinya akan membuat pesta ketawa tersebut bertambah riuh.





Malah jejaka-jejaka seperti Kavin Jay, Rizal van Geyzel & Papi Zak - yang terkenal membuat komedi tanpa had akan turut membuat sketsa melalui MINISTRY OF HUMOUR. Selain itu, terdapat juga pelawak popular dari Hong Kong, Australia dan beberapa negara lain memenuhi pelbagai program yang telah diatur.

Akhir sekali, yang paling ditunggu pastinya penampilan Afdlin Shauki yang sememangnya mempunyai idea-idea humor yang menarik. Untuk info, PJ Laugh FEST 2012 akan diadakan PJ Live Arts yang berada di Jaya One, Section 13, Jalan Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

No comments: