20 May 2012

FINAL MANIA: HAFIZ BOLOT RM500,000


Setelah menang beberapa pertandingan hebat sebelum ini, penyanyi Hafiz dinobatkan pula sebagai juara pada konsert akhir Mania di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

Dengan kemenangan tersebut, Hafiz menerima wang kemenangan sebanyak RM500,000, manakala Ahmad Dhani sebagai Komposernya mendapat RM300,000.





Hafiz yang mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 28 peratus berkata, dia amat bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh sekaligus menewaskan empat lagi peserta iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hazama dan Aril.

"Saya terkejut dan pada masa sama gembira dengan anugerah ini.

"Semoga hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dapat saya manfaatkan dengan sebaik-baiknya," katanya kepada media dalam satu sidang akhbar selepas konsert tersebut.

Untuk info, Stacy mendapat tempat kedua (RM200,000) dengan undian 22 peratus, Jaclyn Victor di tempat ketiga (RM100,000), manakala Hazama dan Aril pulang dengan tangan kosong.

No comments: