10 May 2012

NURUL WAHAB PILIH ERIC DANIEL SEBAGAI SUAMI


"Saya tidak meletakkan bangsa atau warna kulit dalam memilih seorang lelaki sebagai calon suami tetapi memandang kepada ketulusan dan ciri-ciri yang saya cari," demikian kata Nurul Wahab apabila ditanya tentang bakal suaminya oleh pihak media.

Menurut Nurul lagi, meskipun bakal suaminya, Eric Daniel Depp, 47, berwarganegara Perancis, tetapi dia juga seorang yang faham mengenai budaya, agama Islam dan sentiasa menghormati budaya Malaysia. Oleh itu, ia langsung tidak pernah menjadi masalah kepada diri Nurul setakat ini.

Nurul dan Eric - klik untuk imej besar...




Menjawab soalan lain, katanya dia tidak perlu risau mengenai budaya atau tanggungjawab bakal suaminya itu kerana sifat-sifat yang diinginkan daripada seorang lelaki ada pada lelaki Eric.

Malah pengalaman Eric selama 10 tahun tinggal di Asia telah banyak mengajarnya mengenai budaya dan cara kehidupan masyarakat di sini.

"Aspek budaya atau tanggungjawab tidak menjadi isu kerana apa yang penting saya perlu memainkan peranan dalam aspek kerohaniannya sebagai mualaf.

"Tanggungjawab saya sebenarnya yang lebih besar dalam memastikan bakal suami faham mengenai agama Islam dengan lebih baik," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Difahamkan, Eric telahpun memeluk Islam sejak 13 Februari lalu. Melihat ketulusan Eric itu, akhirnya Nurul telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya selepas sekian lama hidup sendirian.

"Saya telah mengenalinya pada September 2010 dan kami mula serius pada Januari 2011. Sepanjang dua tahun pengenalan kami dia seorang lelaki yang baik dan memahami diri saya dan sentiasa senang bersama dengannya," ujar Nurul.

Bagaimanapun, bila ditanya mengenai penolakan cintanya terhadap beberapa lelaki sebelum ini, katanya cukuplah dulu kerana kisah itu kini tinggal sejarah semata. Alasan Nurul, dia sudah banyak belajar daripada pengalaman lalu.

Untuk info, Nurul dan Eric bakal bernikah pada 6 Jun 2012 di Duchess Palace, Kuala Lumpur jam 11 pagi. Dijangka dalam majlis tersebut, seramai 200 tetamu bakal hadir memeriahkan perkahwinan itu yang dibuat secara sederhana.

Tambahnya, enam individu telah sudi untuk menaja perkahwinannya nanti iaitu Rizman Ruzaini, Bong Zainal, Jakel, Zaha Weeding Planner, Deqsha dan Duchess Place.

Namun begitu, Nurul tidak akan mengadakan sebarang majlis resepsi sebaliknya keluarga pihak lelaki akan meraikan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis di Bali, Indonesia pada 14 Jun depan.

No comments: