28 June 2012

BILA MEMEY HAMIL ENAM MINGGU


Setelah lebih sembilan bulan mendirikan rumah tangga, akhirnya Memey Suhaiza dan Norman Hakim bakal bergelar ayah dan ibu tidak lama lagi. Difahamkan, Memey telahpun hamil enam minggu dan ia disahkan oleh doktor yang memeriksa pelakon itu.

"Semalam, saya ada buat ujian kehamilan sendiri di rumah selepas balik dari lokasi penggambaran. Apabila melihat keputusan yang positif, saya masih tidak percaya, berdebar dan terus menangis.

Klik untuk imej besar...



“Selepas itu, abang Norman Hakim membawa saya ke klinik dan alhamdulillah, doktor sahkan saya hamil enam minggu.

“Setakat ini saya tiada sebarang alahan, tapi sejak dua hari kebelakangan ini saya rasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak,” jelas Memey dipetik sebagai berkata kepada media.

Tahniah buat Memey dan Norman. Namun yang pastinya debaran kali ini hanya buat Memey seorang kerana Norman sudahpun mempunyai banyak pengalaman menyambut bayi ketika bersama Abby Abadi dahulu. Tak gitu?



No comments: