28 June 2012

RAJA AZMI & JAILANI SIDEK SAH BERCERAI..!!


Hukuman kerana cuai!

Begitulah pengakuan penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman yang bercerai dengan Jalani Sidek di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur semalam. Selain cuai, beliau juga mengakui gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Penceraian tersebut disifatkannya sebagai 'hadiah' daripada Allah SWT sempena ulang tahun kelahirannya ke-53, iaitu hari yang sama talak dilafazkan. Untuk info, selama 28 tahun berkahwin, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18.





"Saya percaya perceraian ini adalah hadiah daripada Allah bersempena sambutan hari lahir saya pada hari ini (Rabu). Saya terima hukuman Allah di dunia ini kerana kesilapan saya.

“Semoga saya tidak dihukum di akhirat nanti," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media.

Terdahulu, Jalani ,49, yang juga bekas pemain badminton negara telah melafazkan talak satu terhadap Raja Azmi di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin. Keputusan tersebut diambil disebabkan tidak lagi wujud kasih sayang, tiada persefahaman dan berlakunya konflik rumah tangga yang berpanjangan.

"Kami bercerai dengan persetujuan bersama dan anak-anak memahami serta menerimanya. Hubungan saya dan Jalani akan terus baik seperti biasa selepas ini.

"Malah, kami sekeluarga baru berkumpul pada malam semalam (Selasa) bagi meraikan hari jadi saya. Selepas pulang dari mahkamah, kami akan berbincang mengenai hal anak-anak dan beberapa urusan keluarga," tambahnya.

Konflik yang dimaksudkan oleh kedua pasangan tersebut kemungkinan ada bersangkutan dengan kes Raja Azmi didakwa berkhalwat dengan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim pada Ogos 2010 di Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Meskipun Raja Azmi dibebaskan pada 19 Ogos tahun lalu oleh mahkamah, namun satu lagi konflik melanda mereka apabila Jailani pula didakwa mempunyai hubungan dengan seorang ahli perniagaan berstatus janda. Jailani bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

No comments: