08 June 2012

CHRISTINA PERRI MUAK TERBANG


Jika setiap hari asyik menaiki kapalterbang ke sana sini, pastinya rasa bosan dan muak menyelubungi diri seseorang itu. Begitu jugalah halnya dengan penyanyi Amerika Syarikat (AS), Christina Perri, 26, apabila membuat konsert jelajah di seluruh dunia.

Menurut artis yang nama sebenarnya Christina Judith Perri ini, dia bosan apabila jadual konsert jelajahnya terlalu padat hingga memaksa dia terbang setiap hari ke seluruh pelusuk dunia.





"Saya tidak pernah mendapat reaksi atau pengalaman buruk ketika mengadakan konsert tetapi saya tidak suka proses perjalanan yang perlu saya lalui untuk menjelajah ke merata tempat.

"Terus-terang, saya bosan setiap kali perlu mengambil penerbangan yang memakan masa berjam-jam lamanya. Saya terpaksa bangun awal pagi hampir setiap hari untuk ke penerbangan pagi dan ia meletihkan," katanya dipetik sebagai berkata kepada pihak media.

Untuk info, beliau baru sahaja menjayakan konsert mini Christina Perri Live in Kuala Lumpur di KL Live, Kuala Lumpur, semalam. Dalam konsert itu, dia menyampaikan lagu-lagu daripada album sulungnya, Lovestrong (2011), Jar of Hearts, Arms, Mine dan beberapa buah lagu lain.

No comments: