08 June 2012

GOSIP BAWA TUAH PADA LEUNIEY


Hanya kerana gosip.... akhirnya Leuniey, 21, atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha Nazri diminati ramai produser filem. Dengarnya bukan seorang, malah dua produser besar yang berminat menyuntingnya seperti David Teo dan Datin Zaiton Mohd Jiwa.

Semuanya gara-gara kontroversi kononnya beliau mempunyai hubungan dengan penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat yang dinafikan olehnya. Kini Leuniey terus melangkah sebagai usahawan dan model berjaya apabila menjadi model iklan untuk klip produk haruman SimplySiti.

Mungkinkah akan datang dia bakal popular sebagai pelakon pula?





Bila diajukan soalan tersebut, Leuniey bagaimanapun berkata dia terpaksa menolak tawaran tersebut kerana ada prioriti lain yang harus diutamakan. Malah jarak antara Kota Bharu dan Kuala Lumpur merupakan antara faktor yang membuatkan dia berbelah bagi selain harus menguruskan perniagaan butik pengantin.

"Memang saya ada menerima tawaran untuk berlakon, tetapi terpaksa menolaknya buat sementara waktu berikutan perlu menguruskan perniagaan butik pengantin yang diusahakan. Pada masa sama, saya duduk di Kota Bharu dan jika hendak berlakon perlu ke Kuala Lumpur menyebabkan sukar untuk saya membuat keputusan," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media.

Inilah yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu! Siapa sangka, apabila media mengaitkan namanya dengan Khairul Fahmi, beliau benar-benar dapat berlakon iklan bersama penjaga gol tersebut sekaligus melonjakkan namanya di persada seni.

No comments: