12 June 2012

OSMAN KERING KRITIKAL, BUKAN MENINGGAL!!


Laporan tanpa usul periksa dan tidak bertanggungjawab!

Itulah perkataan yang tepat untuk berita palsu kematian pelakon dan pelawak, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman kassim, 58, semalam. Kerana hakikatnya, Osman hanya kritikal dan dimasukkan ke Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM), Selangor.





Untuk info, pada jam 9.40 malam semalam, keadaan Osman masih kritikal dan terpaksa menggunakan alat pernafasan. Dan perkara itu disahkan oleh anak kedua Osman iaitu Mohd Al Amin, 27, sekaligus menolak khabar angin kononnya Osman sudah meninggal dunia.

"Alhamdulillah, ayah masih hidup dan kini dibawah pemerhatian doktor di wad kecemasan dan akan dibawa ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) untuk rawatan selanjutnya.

"Selepas adik periksa nadi ayah, dia memberitahu ayah masih hidup tetapi nadinya lemah dan kami bergegas membawanya ke hospital," katanya dipetik sebagai berkata kepada media.

"Doakan ayah saya kembali sihat dan dapat kembali seperti biasa," ujarnya lagi yang mengakui bapanya memang sudah lama mengalami penyakit batuk kering dan sesak nafas.

Myartis yang mengenali Osman sejak 15 tahun lalu amat bersimpati dengan kesihatan pelakon berbakat ini. Beliau merupakan rakan yang mudah diajak berbincang dan meminati barangan antik seperti jam dan cincin lama.

Doa kami, semoga Osman cepat sembuh dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Amin...!

No comments: