15 June 2012

REMY & TIZ ENGGAN KOMEN ISU 'MERAJUK'


Awalnya, ramai yang menyangka tulisan Remy Ishak yang diluahkannya di laman Twitter hanya satu latihan lakonan semata-mata. Ini kerana, tak mungkin apabila dia sakit teruk... kekasihnya Tiz Zaqyah tidak mempedulikannya sedikitpun!

Namun apabila doktor mengesahkan bahawa Remy sememangnya kurang rehat, tidak cukup tidur hingga paru-parunya dijangkiti virus atau pneumonia dan harus di tahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang, Selangor... akhirnya segala-galanya makin jelas.

Klik untuk imej besar...




Mungkinkah hubungan mereka ibarat 'retak menanti belah'? Jika ya, apakah punca yang menyebabkan kekasih sesama artis ini menjadi renggang dan sekaligus tidak mengambil berat antara satu sama lain?

Bila diajukan media mengenai perkara tersebut, Tiz Zaqyah hanya mengatakan dia tidak tahu hendak komen apa. Alasannya ialah dia jenis yang sukar untuk berkongsi kisah peribadi dengan sesiapa... sebab itulah hanya 10 peratus sahaja tentang dirinya yang diketahui ramai.

Luahan Remy dan Tiz di Twitter sebelum ini -
Klik untuk baca...




Tambahnya lagi, orang akan tetap berkata sama ada dia bercerita atau tidak. Baginya, lebih baik dia berdiam diri. Lagi pun ia adalah perkara normal yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Berbalik mengenai penyakit Remy, menurut pelakon itu semuanya berpunca kerana terlalu bekerja keras sehingga membuatkan antibodinya menjadi lemah.

Untuk info, 'pneumonia' merupakan penyakit yang disebabkan jangkitan virus, kuman atau bakteria ke bahagian paru-paru dan seseorang akan mengalami simptom-simptom seperti batuk serta selesema sebelum ia merebak ke dalam sistem pernafasan dan seterusnya menyerang paru-paru.

"Ini satu pengajaran buat saya dan ingin menasihatkan kepada semua supaya jagalah kesihatan sebaik mungkin. Terlalu kuat bekerja membuatkan kita lebih mudah untuk dapat penyakit," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai status Twitternya yang seolah merajuk apabila tidak diberi perhatian oleh Tiz Zaqyah, Remy enggan memberi komen mengenai maksud yang tersembunyi disebalik tulisannya.

"Tak ada apa yang perlu dinyatakan tentang hal itu, saya tak mahu komen," ujarnya menutup bicara.

No comments: