15 June 2012

GOSIP - NUBHAN BERCINTA DENGAN MODEL TIONGHOA?


Angin tidak, ributpun tidak... tup tup penyanyi yang lahir melalui program Akademi Fantasia (AF) Nubhan didakwa hangat bercinta dengan seorang model. Semuanya bermula ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran video klip terbaru untuk single Nubhan bertajuk 'Picisan'.

Aikkk... cinta lokasi la pulak, biar betul..!

Klik untuk imej besar...




Menurut sumber yang mahu namanya dirahsiakan, hubungan mereka makin serasi apabila Nubhan sebenarnya boleh berbahasa Mandarin dengan fasih. Mungkin kerana kelebihan tersebut, gadis berbangsa Tionghoa itu makin tertarik dengan Nubhan sejak mereka bertemu di lokasi sekitar Kuantan, Pahang.

Dakwa sumber itu juga, hingga kini hubungan mereka makin rapat apabila model tersebut sering ke kuala lumpur untuk tugas modeling sambil bertemu buah hatinya.





Bagaimanapun, myartis tidak dapat mengesahkan sama ada gosip ini benar atau tidak. Hanya Nubhan dan model tersebut sahaja yang mampu menjelaskan hubungan mereka sekiranya ia benar-benar wujud.

Bukan apa, cinta lokasi ni bukan boleh percaya sangat... kerana ia adakalanya sekadar mahu menghangatkan suasana semata-mata. Tak gitu?



Klik di sini sekiranya anda ingin memberi komen mengenai gosip ini...

No comments: