19 June 2012

RIZAL AF5 BAKAL NIKAH PRAMUGARI FIREFLY


Bintang Akademi Fantasia (AF5), Rizal Ayub, atau nama sebenarnya Hasfarizal Ayub, 25, akhirnya bertunang dengan gadis pilihan hatinya Maria Mohd Harun, 30, iaitu seorang eksekutif di syarikat penerbangan Firefly.

Mereka berdua bertunang pada 26 Mac lalu tanpa kehadiran media disebabkan tidak mahu publisiti. Lebih menarik, Rizal dan Maria adalah pasangan senegeri iaitu masing-masing berasal dari Sarawak.

Klik untuk imej besar

Gambar koleksi: Rizal AF5



Bila ditanya media, kata Rizal dia tidak mahu menghebohkan pertunangannya itu kerana ia sekadar majlis bertunang sahaja. Apa yang membuat dia bersyukur ialah keluarga kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk mengikat tali pertunangan selepas empat tahun mereka berdua bercinta.

"Insya-Allah, semoga sepanjang pertunangan ini, saya mohon perlindungan daripada Allah untuk jauhkan kami daripada dugaan dan perkara yang tidak diingini," katanya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, majlis bertunang tersebut dilakukan secara tertutup di kediaman pihak perempuan. Dalam pertunangan itu, Rizal telah memberikan sebentuk cincin serta sejumlah wang tunai.


Gambar koleksi: Rizal AF5


Manakala majlis pernikahan telah dirancang diadakan pada 26 Januari 2013 dengan majlis persandingan keesokan harinya di Dewan Pustaka Negeri Kuching, Sarawak.

Menurut Rizal, meskipun jarak masa majlis pernikahannya kira-kira tujuh bulan lagi, namun dia seperti sudah dapat merasai debarannya. Malah rasa tanggungjawab yang bakal dipikul sebagai seorang suami juga sering bermain difikirannya.

"Semoga perancangan kami mendirikan rumah tangga berjalan dengan lancar," ujarnya menutup bicara.


Gambar koleksi: Rizal AF5




No comments: