24 July 2012

AKHIRNYA ARIEL PETERPAN TERBANG BEBAS


Setelah dihukum penjara selama tiga setengah tahun oleh mahkamah Indonesia pada Januari 2011 atas kesalahan mengedar dua video lucah yang dipercayai membabitkan dirinya sendiri dan dua artis wanita iaitu Cut Tari dan kekasihnya ketika itu, Luna Maya, akhirnya Ariel Peterpan dibebaskan semalam.

"Apa yang dapat saya simpulkan mengenai pembebasan ini ialah sesuatu yang tidak disukai, belum tentu tidak bagus buat kamu. Dalam kesulitan ini, saya menemui banyak hal yang positif dalam hidup," katanya sebaik sahaja dibebaskan kepada pihak media.

Klik untuk imej besar...




Untuk info, pembebasan bersyarat semalam diberikan pihak berkuasa selepas Ariel menjalani dua pertiga daripada tempoh hukuman yang dikira sejak beliau ditahan reman pada 2010.

Dalam pada itu, Ariel kini bercadang menyiapkan buku memoir pengalamannya selama lebih dua tahun menjadi banduan sebagai pengajaran pada generasi muda.

"Banyak orang ingin tahu apa yang saya lakukan selama dua tahun lebih dalam tahanan. Begitu juga dengan apa yang dilakukan oleh anggota Peterpan yang lain di luar sepanjang tahun 2010 sehingga tahun 2012 ini. Justeru, buku catatan ini akan merakamkan keseluruhannya," katanya dipetik sebagai berkata.



Menjawab soalan lain, Ariel berkata beliau tidak pernah terfikir untuk melakukan ritual "membuang sial" selepas keluar penjara kerana menganggap ia karut.

"Saya ada cara lain untuk dilakukan andai menyebut soal buang sial seperti yang kamu (wartawan) sebutkan. Tidak ada istilah buang sial itu," tambahnya.

No comments: