26 July 2012
ARTIS BARU: 'ANGEL DUST' TARUHAN TERKINI LYNNZAY
Artis serba boleh Lynnzay Affandy, yang baru-baru ini menerima pelbagai respon kerana memberikan nafas baru kepada lagu nyanyian Raja Ema yang diberi tajuk JEJAKA IDAMAN 2.0, kini melangkah lagi ke hadapan apabila merancang melancarkan lagu berbahasa Inggeris bertajuk 'Angel Dust', dalam masa terdekat iaitu hasil ciptaannya sendiri.
Bersama kolaborasi dengan rapper underground terkenal yang 'Tactmatic' yang juga merupakan penggubah muzik lagu ini, Lynnzay yakin lagu ini bakal mendapat tempat di hati peminat muzik urban dan 'dance'. Keyakinan itu berdasarkan ia adalah julung-julung kalinya penyanyi yang mempunyai kelebihan dalam tarian ini melancarkan lagu ciptaan sendiri.
Klik untuk imej besar...
Untuk info, lagu JEJAKA IDAMAN 2.0 telah menarik perhatian pihak 'Neway Karaoke Outlet' untuk meletakkan versi karaoke video ini di cawangan mereka seluruh Malaysia.
Dengan kejayaan tersebut, ia meletakkan Lynnzay sebagai artis yang 'independent' atau dalam kata lainnya tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman. Malah kelebihan mencipta lagu sendiri melonjakkan kreativitinya seperti Yuna, Najwa dan band Hujan kerana mempunyai peminat tersendiri.
"Saya tidak kisah jika ada mulut nakal yang membandingkan saya dengan penyanyi seperti MizzNina, Stacy dan Agnes Monica. Mungkin kebolehan saya dalam tarian sambil menyanyi membuat mereka berfikiran begitu.
"Malah gelaran 'one woman army' kerana memulakan langkah dengan pengalaman minor bersama Senoritas untuk menguruskan segala perihal dengan sendiri banyak membantu karier saya," ujar Lynnzay yang pernah mengetengahkan imej ala watak X-Men, berambut jalur putih di depan.
"Saya sedar bahawa tarian yang saya persembahkan ketika menyanyi agak agresif. Mungkin kerana itu, ramai yang berfikiran bahawa saya sedikit seksi terutamanya di dalam video muzik 'Jejaka Idaman 2.0' kerana memakai pakaian berkonsepkan 'jumpsuit' (corak kulit ular)", tambahnya yang menjadikan Ciara dan Britney Spears sebagai idola.
PREBIU LAGU 'ANGEL DUST':
No comments:
Post a Comment