21 July 2012

ISMAIL HUDSON KEMBALI KE RAHMATULLAH


Negara kehilangan seorang lagi anak seni yang banyak berjasa iaitu Datuk Ismail Hutson, 73, yang meninggal dunia pagi tadi. Allahyarham awalnya telah mendapat rawatan di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor akibat komplikasi penyakit jantung.

"Selepas diberi rawatan, Allahyarham telah dipindahkan ke wad biasa. Tak sangka pula dia pergi secepat ini," ujar isteri kedua Allahyarham, Hafidzah Khasbullah dipetik sebagai berkata.





Tambahnya, Allahyarham tidak menunjukkan tanda-tanda sakit teruk kerana memiliki semangat yang kuat melawan penyakit jantung yang dialami sejak lima tahun lalu.

"Saya agak sedih kerana tidak dapat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama keluarga. Bagaimanapun saya reda dengan ketentuan Allah," luahnya dengan perasaan sedih.

Untuk maklumat, jenazah Ismail dibawa pulang ke rumahnya di Taman Nusa Subang Bistari, Shah Alam, Selangor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Seksyen 9 Selangor.

Dalam pada itu, Allahyarhan turut meninggalkan isteri pertamanya, Zaiton Osman dan tujuh orang anak.

Mengimbas kembali pengorbanan beliau, Allahyarham pernah menjadi Presiden Persatuan Artis Veteran dan telah menceburi bidang seni hampir 20 tahun. Filem terakhir Allahyarham adalah pada tahun 2003 iaitu Mr Cinderella yang turut menampilkan pelakon Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira.

Al-Fatihah..!

No comments: