11 July 2012

SASHA SAIDIN KEMBALI JANDA..!


Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari!

Demikianlah pepatah yang dapat disimpulkan mengenai Sasha Elite yang terpaksa memilih penceraian lagi. Perkahwinan kali keduanya selama lima tahun dengan jejaka Indonesia Salyo Priyanto akhirnya putus di tengah jalan apabila mereka sah bercerai semalam.

Sasha ketika hadir di mahkamah - Klik untuk imej besar...




Salyo, 37, melafazkan cerai talak satu pada Sasha, 36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Selangor. Lafaz cerai telah dibuat dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada jam 2.55 petang sekaligus mahkamah menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah.

Terdahulu, Sasha hanya memberi nota sebab-sebab penceraiannya kepada Hakim kerana enggan mendedahkannya di dalam kamar.



"Berat hati saya untuk melafazkan cerai tetapi mungkin ini adalah yang terbaik buat kami berdua dan semoga kami berdua mendapat pengajaran dan hidayah daripada keputusan ini," kata Salyo dipetik sebagai berkata kepada media.

Untuk info, hasil perkahwinan Sasha dan Salyo pada 2007, mereka telah dikurniakan seorang anak yang diberi nama Adam Aryasenna Notosoemarsono, 3.

Saat bahagia Sasha dan Salyo


Sebelum berkahwin dengan Salyo, Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London. Perkahwinan dengan Johan pernah diselubungi kontroversi apabila mereka didakwa berkahwin ala-ala gereja hingga menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

Bagaimanapun, Sasha menolak dakwaan majlis persandingannya dengan bekas suaminya itu berlangsung di sebuah gereja, sekali gus menafikan majlis berkenaan dibuat mengikut amalan penganut agama Kristian.

Sasha ketika itu turut menyangkal dia menggunakan khidmat paderi, selain mengambil minuman keras sebagai tanda ucap selamat majlis perkahwinannya.


TINGGAL KENANGAN
PERKAHWINAN PERTAMA:


PERKAHWINAN KEDUA:


No comments: