25 July 2012

SEKITAR MAJLIS BERBUKA HOTEL FEDERAL & AQUILA EMAS


Satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan secara bersama oleh Hotel Federal dan Aquila Emas telah diadakan semalam bertempat di Hotel Federal, Kuala Lumpur.

Antara agenda yang mahu diketengahkan dalam majlis tersebut ialah memperkenalkan menu 'Cita Rasa Malaysia Buffet Dinner' dan juga artis-artis di bawah naungan Aquila Emas seperti Zizan Nin, Rizal Ayub, Juliana Ibrahim dan ramai lagi.

Klik untuk imej besar...




Menurut Pengurus Besar Hotel tersebut, Simon Leong, beliau merasa yakin bahawa Hotel Federal telah menyajikan masakan terbaik untuk juadah berbuka puasa memandangkan hotel tersebut telah banyak memenangi anugerah.

"Ini adalah salah satu khidmat sosial kami kepada pihak yang memerlukan contohnya Pusat Jagaan Nur El-Amin. Dengan bekerjasama bersama Aquila Emas, kami dapat memberikan sesuatu yang sukar dilupakan oleh anak-anak Yatim ini demi semangat satu Malaysia," ujarnya.



Sementara bagi Pengarah Urusan Aquila Emas, Syarizan Md Isa, majlis yang diadakan katanya dapat mengeratkan silaturahim antara media, artis dan jemputan istimewa iaitu anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Nur El-Amin.

Untuk maklumat, selain majlis berbuka, selepas solat Maghrib jemputan turut dihiburkan dengan nyanyian artis-artis Aquila Emas.






JUADAH 'CITA RASA MALAYSIA 
BUFFET DINNER' HOTEL FEDERAL























No comments: