05 July 2012

YANG MANIS / TAK MANIS SELEPAS KILAUAN EMAS 2


Konsert Kilauan Emas 2 telah pun berakhir semalam di mana Fuad dinobatkan sebagai juara musim ke-2 untuk membawa pulang sebuah trofi dan wang hadiah tunai RM50,000.

Sementara Naib johan ialah Azri yang rasanya sudah berpuluh kali memasuki pelbagai pertandingan nyanyian dan hasilnya mendapat hadiah RM25 ribu disamping anugerah khas Polident bernilai RM5 ribu. Sementara Jumat yang berasal dari Sabah pula membawa pulang RM15 ribu untuk tempat ketiga.

Klik untuk imej besar...




Itu cerita gembira yang sememangnya amat manis dikenang, namun cerita kurang enak ialah apabila ada pakcik dan makcik yang terkinja-kinja menari di kerusi penonton. Mereka seolah lupa bahawa konsert akhir itu untuk mencari bakat terpendam dan bukannya 'ruang' menari hingga menjatuhkan maruah sendiri.

Aksi segelintir mereka boleh dilihat dengan jelas apabila Othman Hamzah mendendangkan lagu 'Gadis Melayu' yang sememangnya mengembalikan kenangan silam. Malah ada juga yang menari ditangga sebelah kerusi penonton seolah-olah berada di dalam disko layaknya.

Dalam hal ini, sebagai insan yang sudah matang dan berusia, mereka sepatutnya mampu mengawal diri dan menunjukan contoh yang baik pada anak cucu yang menonton secara langsung. Bukan apa, kalau nak berhibur atau mahu berdansa sekalipun, biarlah kena tempatnya!

Bak kata pepatah Inggeris, 'action speaks louder' atau sikap akan mencerminkan peribadi seseorang. Tak gitu?

No comments: