05 July 2012

IBU TERUJA ELLA BERGELAR ISTERI SABTU INI


Ibu mana yang tidak gembira apabila anaknya yang mungkin di gelar sebagai anak dara tua kerana berusia 46 tahun akhirnya bertemu jodoh. Perasaan berdebar itulah yang dirasai oleh Yang Asmah Yong, 85, apabila juruterbang syarikat penerbangan Firefly, Azhar Ghazali meluahkan hasrat mahu memperisterikan anaknya.

Anak yang dimaksudkan itu tidak lain yang tidak bukan ialah Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin yang sebelum ini agak liat 'jatuh cinta'.





“Ibu memang gembira akhirnya anak keenamnya itu bakal bertemu jodoh. Keinginan untuk menjadikan Ella sebagai isteri itu diluahkan sendiri oleh Azhar ketika dia datang bertemu dengan ibu,” kata Kakak Ella yang dikenali sebagai Saidatulnisa Aminuddin kepada media.

Untuk info, Ella baru-baru ini mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang pada 7 Julai 2012 (Sabtu) di rumah keluarganya di Teluk Gadong, Klang, Selangor. Difahamkan, akad nikah akan dilakukan selepas waktu Isyak hanya untuk saudara mara dan jemputan khas sahaja.

Selepas akad nikah, majlis resepsi akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya pada 1 Disember 2012.

“Kami berharap apa yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan saya bagi pihak keluarga mahu meminta maaf kepada mereka yang tidak di undang kerana ia hanyalah sebuah majlis kecil-kecilan melainkan majlis resepsi yang akan dibuat hujung tahun ini,” tambahnya.

No comments: