27 July 2012

ZED ZAIDI DAPAT BABY SEBERAT 4.32 KILO


Tahniah kepada Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, dan isterinya Natalia Mustafa Kamal, 29, atas kelahiran anak mereka. Baby tersebut yang diberi nama Ryan Ziqry lahir hari ini (Jumaat) dengan berat 4.32 kilogram menerusi pembedahan.

Menurut Zed, jika mengikut kata isterinya, dia ingin bersalin secara normal namun atas nasihat doktor pembedahan terpaksa dilakukan kerana saiz bayi agar besar. Namun begitu, beliau tetap bersyukur kerana semuanya telah selamat tanpa sebarang masalah.

Klik untuk imej besar...




"Saya adalah lelaki yang paling gembira hari ini dengan kehadiran anak sulung saya dan pengalaman berada di dalam bilik pembedahan bersama isteri sukar digambarkan dengan kata-kata.

"Bagaimanapun saya bersyukur keadaan kedua-dua insan yang sangat saya sayangi selamat," ujar Zed kepada media.

Zed ketika menunggu isterinya mahu
bersalin pada jam 5 pagi Di hospital...


"Alhamdulillah, Ryan dilahirkan dalam bulan Ramadan yang mulia dan pada hari Jumaat yang penuh keberkatan dan tarikh dia dilahirkan iaitu 27 Julai sama dengan tarikh lahir saya, cuma saya 27 Jun.

"Dia menjadi tumpuan keluarga ketika ini dan kelahirannya disambut dengan penuh rasa kesyukuran," katanya yang berkahwin dengan Natalia pada 29 April tahun lalu di Restoran Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.



No comments: