07 August 2012

ALLY CUTI RAYA SEMINGGU DEMI FARAH LEE


Setelah bertugas penuh dedikasi, akhirnya personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi berpeluang berhari raya tahun ini apabila mengambil cuti seminggu. Hasrat tersebut telah dipendamnya sebelum berkahwin lagi dan kali ini impian tersebut menjadi nyata apabila permohonannya diluluskan.

"Selama 10 tahun saya tidak pernah mengambil cuti raya kerana bekerja pada 1 Syawal untuk program Malaysia Hari Ini (MHI). Tahun ini saya mahu peluang untuk menyambut lebaran bersama isteri tersayang," ujarnya dipetik sebagai berkata baru-baru ini.

Klik untuk imej besar...



Untuk info, tahun ini merupakan tahun pertama Ally dan Farah Lee menyambut Ramadan dan bakal beraya sebagai suami isteri. Tambahan pula, Farah sedang bercuti selama tiga bulan daripada pengajiannya di Universiti In Ha, Korea Selatan.

"Jika dulu sebelum kahwin saya tidak pernah peduli di mana hendak berbuka tetapi selepas ada isteri ni, memang saya sentiasa ternanti-nanti untuk berbuka puasa dengannya," ujar Ally dengan nada ceria.





No comments: