Bersempena menyambut hari raya yang bakal menjelang, Kumpulan PESAWAT turut tidak mahu ketinggalan dan telah melancarkan muzik video bagi lagu raya mereka yang berjudul ‘Menjelang Syawal’.
Ia diarahkan oleh Razaisyam Rashid yang pernah turut terlibat dalam menerbitkan muzik video pertama kumpulan tersebut iaitu ‘Mirage’. Muzik video terbaru ini mengambil konsep filem pendek di mana jalan ceritanya telah diadaptasi dan diolah semula dari sebuah buku berjudul “Sepucuk pistol di dalam laci” nukilan Hadi M.Nor dan Sufian Abas.
Klik untuk imej besar...

Muzik video kali ini mengisahkan perseteruan antara dua kumpulan gangster iaitu Geng Punai dan Geng Garuda dalam menakluk kawasan di Bandaraya Kuala Lumpur. Selain menampilkan anggota band itu sendiri sebagai ahli Geng Punai, Adibah Noor turut diundang melakonkan watak Kak Pah, Rom Mohd Nor sebagai Ketua Geng Garuda dan vokalis band Couple iaitu Aidil Rusli.
Untuk makluman, PESAWAT dianggotai oleh Jipie (vokal/gitar), Mann (bass), Kudux (drums), NizamCamel (gitar) dan Danial (synthesizer).

Untuk lebih jelas, saksikan muzik video ‘Menjelang Syawal’
di: www.youtube.com/pesawatube.


No comments:
Post a Comment