30 August 2012

ISU BABY: NORISH KARMAN KENA 'BLACK MAIL'


“Awalnya, selepas kelahiran Haq, saya memang terfikir bagaimana mahu memperkenalkan Haq kepada khalayak. Cara terbaik adalah dengan mengadakan sambutan ulang tahun pertamanya. Tetapi ada pihak yang terlebih dulu mendahului saya apabila menyebarkan gambar kami, kerana gagal mendapat wang ugutan," demikian dakwa Norish Karman mengenai isu gambar bayinya yang disebarkan di alam maya.




Bagaimanapun, beliau enggan membawa kes tersebut ke mahkamah kerana merasa tindakan itu tidak membawa sebarang faedah.

“Tiada gunanya menyaman orang yang menyebar gambar saya itu kerana mereka bukannya ada duit. Lainlah jika mereka mempunyai banyak duit, sekurang-kurangnya berbaloi juga saya bersusah payah naik-turun mahkamah,” ujarnya dipetik sebagai berkata dalam satu majlis WHI di TV3.

Malah dakwanya, dia terkejut dengan sokongan tidak berbelah bagi ditunjukkan peminat terhadap dirinya.



“Alhamdulillah peminat memberikan banyak kata perangsang kepada saya. Mereka memberitahu, akan terus menyayangi dan setia menyokong kerjaya seni saya.

“Saya membuat pendedahan itu pun bukan untuk membuka mahupun menutup sebarang cerita.

“Biarlah sesetengah masyarakat memandang negatif pada saya. Bagi saya, itu hak individu kerana kita tidak tahu bagaimana untung nasib kita pada masa depan,” tambahnya.

Untuk info, Norish pernah berkahwin dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada 11 Januari 1998 di Perlis. Mereka kemudian sah bercerai pada 15 Julai 2008. Menerusi perkahwinan tersebut, Norish dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Amany, 12, Muhammad Hady Amieran, 9, dan Nur Hanyz Amanda, 8.

Bagaimanapun, Kehadiran bayi diberi nama Haq Lutfie Alexander yang dilahirkan pada 24 September 2011 menimbulkan tanda tanya kerana selepas bercerai, Norish tidak pernah mengumumkan sebarang majlis pernikahan semula dengan sesiapa.

No comments: