03 August 2012

RUMAH AZNIL KENA ROMPAK RM40,000?


Kediaman Aznil Hj. Nawani di Taman Yarl dimasuki perompak semalam. Menurut sumber, masa rompakan berlaku, hanya ibu Aznil bersama dua orang amah yang berada di rumah tersebut.

Tambah sumber tersebut, Aznil mengalami kerugian hampir RM40,000 apabila kehilangan barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki. Turut dicuri ialah sebuah komputer riba dan sehelai pakaian.




Difahamkan, perompak telah mengumpil besi jeriji tingkap untuk memasuki rumah selebriti tersebut. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan kerana penghuni rumah tidak menyedari kejadian tersebut yang berlaku secara senyap dan pantas.

Bagaimanapun, tiada pengesahan mengenai kejadian tersebut setakat ini. Malah Twitter dan Facebook Aznil (sekitar jam 8.00 pagi ini) juga tiada update yang memberitahu mengenai perkara tersebut.



No comments: