10 August 2012

SELEPAS BERTUNANG, USTAZ DON BAKAL BERKAHWIN


Selepas mengikat tali pertunangan dengan Husna Zahry Rafie tahun lalu, Don Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don yang popular dalam rancangan TV AlHijrah 'Bersama Ustaz Don' bakal menamatkan zaman solo tidak lama lagi.

Apa yang menarik, kad undangan berbentuk karikatur telahpun diedarkan kepada sanak saudara dan rakan taulan baru-baru ini. Bagaimanapun, tidak diketahui dengan tepat bila tarikh pernikahan tersebut akan berlangsung. Namun apa yang pasti, ia akan diadakan dalam masa terdekat.

Majlis bertunang - klik untuk imej besar...



Untuk info, tunang Ustaz Don merupakan seorang pelajar perubatan Mesir iaitu di sebuah Universiti di Kaherah.

Tahniah diucapkan buat Ustaz Don dan Husna, semoga perkahwinan itu nanti kekal hingga ke anak cucu. Amin..!

Kad kahwin Ustaz Don dan Husna...


Husna Zahry Rafie yang berjaya mencuri hati Ustaz Don...


No comments: