18 September 2012

ARTIS & AVON VS KANSER PAYU DARA


Seperti yang kita sedia maklum, kanser payudara amatlah merbahaya kepada kaum wanita kerana ia menjadi pembunuh senyap. Sebab itulah peperiksaan payudara sendiri (BSE) amat penting dan ia mampu membantu pengesanan awal kanser sekaligus boleh dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang betul dan saringan berkala.

Statistik menunjukkan bahawa 51.3 peratus daripada pesakit kanser payudara adalah di bawah 49 tahun (bagi negara-negara Asia). Ia menunjukkan bahawa masyarakat memerlukan banyak kesedaran terutama di kalangan generasi muda bahawa kanser payudara adalah pembunuh nombor satu wanita di Malaysia.




Menyedari hakikat tersebut dan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat, Avon Malaysia bakal menyertai lebih daripada 50 buah negara di dunia bagi menganjurkan acara jalan kaki amal digelar "Kiss Goodbye to Breast Cancer".

Ia dijadualkan berlangsung pada 23 September 2012, jam 7.00 pagi di Putrajaya. Acara amal itu bertujuan untuk mewujudkan kesedaran bagi pengesanan awal kanser payudara sekaligus mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records.

Untuk info, jalan kaki amal tersebut akan turut disertai para artis dan selebriti seperti Scha Alyahya, Noor Neelofa, Soo Wincci, Fizo Omar, Linda Jasmine, Que Haiddar, Maria Tunku Sabri, popular radio DJ Jeff, Leslie Chai, Alan Yun, Master Chef selebriti Datuk Fazley, pemain bola sepak Safee Sali dan ramai lagi.



Peserta juga akan menerima cenderamata bernilai RM80 seperti gula-gula, baju, bandanna, kipas tangan, voucer rebat Avon dan ole-ole Kleenex dan Kotex. Hasil bersih amal itu akan disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) dan Kesihatan Yayasan Pink Ribbon.

Jika anda berminat, tiket boleh didapati di semua Butik Kecantikan Avon di seluruh negara. Atau anda boleh hubungi Talian Bebas Tol di 1800-22-AVON (2866) atau www.facebook.com / AvonMy.

No comments: