10 September 2012

DAPAT BABY: PENANTIAN 5 TAHUN HAIZA BERAKHIR


Setelah menunggu selama lima tahun, akhirnya Rohaizah Nordin atau lebih dikenali sebagai haiza, 32, dianugerahkan bayi lelaki selepas selamat bersalin pada pukul 8.37 malam di Pusat Pakar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras semalam.

Bayi tersebut diberi nama Nur Iman Syafie dan seberat 3.07 kilogram. Nur Iman lahir secara normal dan nama tersebut dipilih selepas dia dan suami Norhanaphe Omar, 32, mengetahui jantina anak mereka beberapa bulan lalu.




"Nur Iman Syafie bermakna cahaya keimanan. Saya dan suami berharap anak kami ini akan menjadi orang yang beriman," katanya kepada media semalam.

"Saya amat bersyukur kerana selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya Allah mengurniakan zuriat buat kami selepas puas berusaha.



"Zuriat ini amat bermakna buat saya dan suami. Syukur kepada Allah," katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Norhanaphe pada 24 Ogos 2007.



No comments: