19 September 2012

EDRY KRU REPAIR HIDUNG?


Al-kisah diceritakan oleh seorang wartawan 'mulut Murai', ketika rakannya pulang dari rumah terbuka KRU minggu lalu, beliau terkejut melihat wajah Edry yang agak berlainan berbanding sebelumnya.

Dakwanya, wajah Edry jelas ketara perbezaannya terutama di bahagian hidung. Berikutan itu, timbul desas-desus yang mendakwa Edry kemungkinan telah melakukan sesuatu untuk kelihatan lebih tampan dan muda. Heh, pandai aja dia orang buat cerita!

Klik untuk imej besar...



Jom kita bersangka baik... wajah Edry kelihatan berbeza mungkin disebabkan dia sudah semakin kurus dan cekung di bahagian muka. Yalah... dulukan Edry sedikit tembam berbanding adik-beradiknya yang lain?

"Alhamdulilah saya sihat dan setakat ini tidak mempunyai sebarang penyakit dan perubahan fizikal saya tiada kena mengena dengan perkara itu.

"Saya kurus kerana saya bersenam setiap hari kerana ingin memastikan badan saya sentiasa sihat dan bertenaga," ujarnya sekaligus menafikan dakwaan yang dilemparkan kepadanya itu.

Tambah Edry, ketika itu berat badannya mencecah 90 kilogram dan kini dia kekal pada angka 76 kilogram. Tetapi ia bukan sekadar nombor semata-mata tetapi apa yang lebih penting dia harus menjaga kesihatan dan melakukan senaman secara kerap.

"Ia adalah aktiviti menyihatkan dan ia juga dapat merapatkan hubungan antara rakan-rakan selain dapat berkumpul dan melakukan aktiviti lain," katanya kepada media.

No comments: