22 September 2012

LEBIH RM1 JUTA - HABUAN UNTUK SHILA AMZAH


UPDATE:

Juara Asian Wave 2012, Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22, bukan hanya memenangi pertandingan berprestij itu, malah turut membawa pulang dana bernilai lebih RM1 Juta.

Menurut Shila, wang dana berkenaan adalah dalam bentuk rakaman album, konsert, promosi dan pelbagai aktiviti yang merangkumi kerjayanya sebagai penyanyi di Negara Tembok Besar itu.

Klik untuk imej besar...
 


"Sejujurnya, Shila tidak terfikir tentang hadiah. Shila hanya mahu mengharumkan nama negara dan menyertai pertandingan ini. Shila pun mahu berjumpa dengan rakan kenalan yang baru. Setahu Shila, Shila akan menerima sejumlah wang dana yang masih belum diketahui nilainya.

"Pun begitu, Shila dimaklumkan pihak penganjur bahawa hadiah itu bernilai lebih sejuta ringgit. Hanya esok (22 September) Shila akan ketahui hadiah sebenar kerana Shila akan berunding dengan pihak penganjur. Apapun, Shila bersyukur dengan kemenangan ini.



"Sebelum bertanding, ayah ada berpesan supaya jangan memikirkannya sebagai satu pertandingan. "Sebaliknya, ayah menasihatkan agar Shila hanya fikirkan ianya sebagai satu persembahan yang telah biasa dibuat," katanya kepada media.

"Dari segi populariti, pihak media di China meramalkan peserta tuan rumah yang bakal meraih kemenangan.



"Bagaimanapun, melihat dari penjurian juri profesional, pihak media China dari awal lagi telah meletakkan Shila sebagai juara.

"Setakat ini, Shila mendapat pelbagai tawaran di sini. Malah, tawaran ini sudah pun diterima sebelum Shila diumumkan sebagai juara.

"Sesungguhnya, Shila mendapat masa yang gemilang di sini.

"Shila lebih bersyukur apabila Shila lebih dikenali kerana Shila satu-satunya peserta yang memakai tudung.



"Semua pihak di sini menerima Shila dengan baik dan tidak wujud perasaan dengki sama sekali," tambahnya dipetik sebagai berkata.

Apa yang menarik, Shila juga bakal menyertai sebuah konsert yang dijadualkan berlangsung pada 24 September ini di sana.

"Juri daripada India berkata, bahawa dia mahu Shila ke peringkat antarabangsa. Malah, dia sendiri ada menjemput Shila untuk menyanyi di India.

"Seorang lagi juri iaitu Eric Woo juga telah menempah saya untuk menyanyi bersamanya di konsert solonya yang bakal berlangsung pada November dan Disember depan. Terus-terang, Shila sangat gembira.

"Disebabkan semua tawaran ini, Shila akan mengambil kelas Mandarin. Selepas ini pun, Shila akan kerap berulang-alik ke China," ujarnya penuh semangat.

TONTON VIDEO KEMENANGAN SHILA: KLIK DI SINI

No comments: