19 September 2012

SIRI 'THE SLAP' - MERIAHKAN ASTRO HD 438


Satu siri TV khusus HD 'The Slap' bakal bermula siaran di Sundance Channel HD Astro b.yond saluran 438 pada 1hb November jam 9.00 malam. The Slap adalah siri TV yang baru sahaja memenangi pelbagai anugerah serta mendapat sanjungan daripada pengkritik.  Ia telah diadaptasi dari novel terlaris penulis Christos Tsiolkas.

Drama lapan bahagian selama satu jam tersebut memaparkan musibah yang menimpa ekoran satu insiden kecil yang berlaku ke atas sekelompok keluarga dan rakan-rakan mereka. Siri ini menggambarkan kehidupan masyarakat kelas pertengahan Australia yang penuh kontroversi serta aspek moraliti dan nilai hidup yang membentuk Australia sebagai sebuah negara yang moden dan berbilang bangsa.

Klik untuk imej besar...



The Slap dibintangi oleh calon Academy Award dan Golden Globe Sophie Okonedo (Hotel Rwanda), Jonathan LaPaglia (Cold Case), Alex Dimitriades (Neighbours), Melissa George (Grey's Anatomy), Essie Davies (Australia) dan Diana Glenn (Home and Away), setiap episod drama tersebut diceritakan dari sudut pandangan watak berbeza.

Sekiranya anda mahu menonton sedutan siri ini, anda boleh layari: http://youtu.be/w1AjEGl6N5k





No comments: