08 September 2012

SUPERSQUAD THE MOVIE TAMPIL 4 ARTIS POPULAR


Empat selebriti iaitu Aaron Aziz, Dafi, Diana Danielle dan Radhi Khalid yang menyumbang suara dalam filem animasi 3D 'Supersquad The Movie' dijangka menyemarakkan filem tersebut sekaligus mampu menarik ramai penonton ke pawagam.

"Penggunaan suara empat selebriti itu bagi setiap karakter untuk filem yang akan ditayangkan pada Disember 2013 itu antara pelaburan yang termahal iaitu sebanyak RM6 juta.




"Sebagai sebuah syarikat animasi tempatan, pihak kami teruja untuk menerbitkan Supersquad The Movie.

"Dengan adanya barisan pelakon hebat serta penglibatan juruanimasi profesional, saya percaya hasilnya juga akan bermutu. Semoga ia memenuhi cita rasa penonton filem animasi tempatan," ujar penerbit dan Pengarah Urusan Netcarbon Sdn Bhd, Rashdan Ramlee sebagai berkata ketika majlis sidang media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur semalam.

Untuk info, proses pembikinan filem tersebut dilakukan di studio animasi Netcarbon melibatkan seramai 45 juruanimasi tempatan. Malah penggunaan teknik hybrid-motion capture dan keyframing menjadikan animasi yang dihasilkan berkualiti tinggi.

Supersquad The Movie mengisahkan pengembaraan lima adiwira untuk menyelamatkan bumi daripada dimusnahkan oleh makhluk asing.

Kisah bermula sekitar tahun 2413 apabila Supersquad merentas masa kembali ke tahun 2013 apabila mendapati makhluk asing sedang menyerang bumi.

Walaupun pasukan tentera bumi yang diketuai oleh laksamana Aaron pada mulanya berjaya menumpaskan makhluk-makhluk tersebut, namun, ratunya telah menukar perancangan dengan membuka portal ke zaman kini sehingga menyebabkan pasukan tentera bumi dihapuskan oleh tsunami masa.

Dalam filem tersebut, Diana telah menyumbangkan suaranya bagi watak Elly, Aaron Aziz (Laksamana Aaron), Dafi (Kapten Danny), Radhi Khalid (Blinq), Marina Tan (Alan), Elza Irdawati (Sasha) dan Megat Sharizal (Zeeboz).

No comments: