16 October 2012

3 NOVEMBER - TARIKH NIKAH FARID KAMIL & DIANA DANIELLE


Jika pada 1 September lalu, Farid Kamil, 31, dan Diana Daniellla, 21, bertunang secara senyap di Damansara, Selangor... tapi kali ini lain pula ceritanya. Pasangan dua sejoli ini telah tampil menyatakan bahawa mereka telah siap bergelar suami isteri pada 3 November depan.

"Syukur, hubungan kami mendapat restu keluarga. Insya-Allah kami akan bernikah pada 3 November ini. Doakanlah kebaikan perkahwinan kami," kata Farid ketika pra tonton filem Pe3 terbitan Metrowealth Movie Productions semalam.




Untuk imbasan, Diana dan Farid telah bercinta selama tiga tahun dan terpaksa melalui pelbagai rintangan dan dugaan. Hubungan mereka pernah putus di tengah jalan tetapi bersambung kembali hingga membawa ke alam pertunangan dan akhirnya pengumuman tarikh perkahwinan ini.

Tahniah diucapkan. Harapan kita semoga perkahwinan mereka nanti akan berkekalan hingga ke anak cucu. Amin.



No comments: