08 October 2012

4 GAMBAR - RAJA EMA YANG MAINTAIN CUN


Meskipun lagu popularnya 'Jejaka Idaman' telah dinyanyikan kembali dan diberi nafas baru oleh Lynnzay Affandy (Jejaka Idaman 2.0), namun nama Raja Ema, 43, sebenarnya tidak terkubur begitu sahaja. Terkini, beliau bakal berlakon kembali dengan syarat bukan di luar Lembah Klang atau melibatkan terlalu banyak babak.

Apa yang menarik, 'Hot Mama' yang sudah mempunyai dua orang anak ini masih maintain cun seperti zaman popularnya dahulu. Malah, tubuhnya juga makin slim dan tidak tembam!

Klik untuk imej besar...



Untuk maklumat bersama, Raja Ema mula popular apabila filem Pernikahan Berdarah yang dibintanginya bersama pelakon Indonesia, Willy Dozan meletup di pawagam. Malah lagu nyanyiannya ketika itu berjudul Mentari Korea telah terpilih menjadi lagu tema Sukan Olimpik Seoul pada tahun 1988.

Raja Ema dalam Nona keluaran November 2012...






No comments: