30 October 2012

ANNE NGASRI NAFI JADI ISTERI KEDUA VIP


Kalau ada bukti, sila dedahkan!

Demikian cabar Anne Ngasri, 28, mengenai gosip terkini yang mengatakan beliau sudah berkahwin dengan seorang VIP. Lebih mengaibkan, dia juga didakwa menjadi isteri kedua kepada VIP tersebut yang berstatus ahli politik.

Klik untuk imej besar...



Menjawab lebih lanjut, katanya gosip itu tidak benar sama sekali kerana dia kini tetap solo setelah gagal membina hubungan cinta dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz

"Tidak benar saya sudah berkahwin dengan mana-mana VIP atau ahli politik kerana sehingga kini saya masih solo dan kepada mereka yang mempunyai bukti saya sudah kahwin, saya mempersilakan untuk ia didedahkan kepada umum," ujarnya kepasa media seolah memulang 'paku buah keras'.

Tinggal kenangan...


"Kegagalan rumah tangan saya sebelum ini tidak pernah membuatkan saya ragu-ragu untuk berkahwin lagi dan berharap Allah akan mempertemukan jodoh yang baik buat saya.

"Saya masih seorang manusia biasa yang memerlukan perhatian dan kasih sayang dalam hidup. Perkahwinan itu juga adalah dituntut dalam agama kita.

"Saya sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik suatu hari nanti," tambahnya.

Untuk info, Anne pernah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan pada tahun 2006 sebelum bercerai empat tahun kemudian. Hasil perkahwinan tersebut, mereka tiga anak iaitu Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2.

No comments: