17 October 2012

HARAPAN HIDUP PELAKON VETERAN KUSWADINATA TIPIS


Tiada harapan untuk hidup!

Demikianlah penjelasan doktor mengenai sisa-sisa perjuangan Pelakon veteran Kuswadinata, 74, (Kuswadi Bujang) melawan penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu. Beliau kini sedang tenat di Hospital Ampang, Selangor dan diberitakan semakin kritikal akibat pendarahan pada usus merebak dan jantungnya mungkin akan berhenti bila-bila masa.

"Sejak dimasukkan ke wad (Hospital Ampang) pada 7 Oktober lalu, ayah diminta berpuasa sehinggalah ke hari ini (Selasa) untuk mengurangkan pendarahan dalam badan," ujar anak bongsunya Rizal, 23.

Kuswadinata sakit sejak 2008...
 


















"Tetapi doktor sudah menjelaskan pada kami sekeluarga bahawa ayah tiada harapan untuk hidup, walaupun daripada segi luarannya dia nampak sihat.

"Kami tak mampu nak buat apa-apa melainkan menjaga dia sebaik mungkin serta menunaikan segala kehendaknya. Saya sekeluarga reda dengan ketentuan Tuhan," tambahnya ketika kunjungan pihak media bersama Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).

Untuk info, selain pendarahan usus, pelakon yang popular di zaman Allahyarham P.Ramlee itu turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang hingga menyukarkannya untuk membuang air kecil secara normal.

Kuswadinata ketika muda...
 
















"Penyakit suami saya mungkin berpunca daripada kanser usus yang dihidapinya pada 2008 dan dia pernah menjalani pembedahan di HKL.

"Kemudian ia melarat pada buah pinggangnya dan doktor juga mendapati dia mengalami kanser darah yang menjadi punca kepada semua penyakit.

“Sekarang ini, sebelah kiri buah pinggangnya sudah tidak boleh berfungsi manakala di bahagian kanan pula semakin membengkak," ujar isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, yang mempunyai empat orang anak hasil pengkongsian hidup bersama pelakon veteran tersebut.

No comments: